Sunday, December 30, 2012

Tongkat dan bayang-bayang

Tongkat dan bayang-bayang

Tentu anda semua tertanya-tanya, ada apa dengan tongkat? Apa khasiat tongkat ini? Di sini saya ingin kaitkan dengan satu pepatah atau kata-kata hikmah.

"Bayang-bayang itu mengikut tongkatnya. Jika tongkatnya lurus maka luruslah bayang-bayangnya. dan sebaliknya, jika tongkat itu bengkok maka bayang-bayangnya akan ikut bengkok". 

Jika kita lihat, bayang-bayang akan mengikut bentuk sesuatu objek. Jika objek itu lurus maka luruslah bayang-bayangnya dan jika objek tu bengkok maka bayang-bayangnya akan turut ikut bengkok. Begitu jugalah dengan diri kita sendiri akan ikut dan terbawa-bawa dengan persekitaran jika tiada asas yang kukuh.


Ibu bapa sebagai pencorak perlu memainkan peranan sebagai contoh tauladan yang baik kepada anak-anak. Anak-anak diibaratkan kain putih, ianya bergantung kepada orang yang mencorak dan melukisnya. Jika cantik corak dan lukisan maka harga lukisannya akan jadi mahal. Pelajaran pertama anak-anak bermula dari rumah, baiti jannati iaitu rumahku syurgaku. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan didikan yang terbaik. Anak-anak akan menjadikan ibu bapa role model pertama iaitu setiap perkataan, kelakuan dan perangai ibu bapa dipelajari, difahami dan seterusnya dijadikan panduan untuk membesar. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.  


Kita sebagai manusia amat memerlukan bantuan orang lain. Kita perlu menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan dan adat setempat. Seperti kata pepatah melayu " Masuk ke kandang kambing kita mengembek dan masuk ke kandang harimau kita mengaum. Sudah menjadi lumrah jika kita mudah terpengaruh oleh suasana dan keadaan di sekelilingnya. Begitu jugalah dengan anak-anak, anak-anak biasanya mengikuti apa yang dilakukan oleh rakan sebaya. Maka sebagai Ibu bapa, perlulah memantau dan memberi perhatian kepada siapa anak-anak bergaul dan berkawan. Allah memerintahkan orang-orang beriman untuk sentiasa bersama dan bergaul dengan orang-orang baik demi menjaga keimanan, sebagaimana firman-Nya:
“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.” ( Surah at-Taubah: 119)

Kepimpinan memainkan peranan penting dalam usaha mencorakkan masyarakat. Kita mengambil contoh Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin. Kita mendapati tiga faktor yang membentuk kepemimpinan seperti contoh daripada diri Nabi Muhammad SAW. Faktor pertama terdiri daripada akhlak diri baginda sebagai manusia bermoral. Faktor kedua ialah komitmen padu sebagai khalifah yang ditugaskan dengan tanggungjawab tertentu. Manakala faktor ketiga ialah rasa ubudiyyah kepada Pencipta yang dijelmakan dalam bentuk sifat zuhud, takwa dan tawaduk. Elemen ubudiyyah merupakan ciri penting dalam konsep kepemimpinan etika berteraskan sirah Nabi. Oleh yang demikian, ketiga-tiga faktor membentuk konsep kepemimpinan etika syumul yang merangkumi hablun min Allah dan hablun min al-nas.

Selebihnya kita berserah pada Allah seperti firman Allah dalam Surah al Baqarah: 138, 
"Acuan Allah. Siapa yang lebih baik acuannya selain daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah"

Friday, December 28, 2012

Gunung-ganang


Gunung-ganang ialah sebahagian lapisan yang membentuk kerak bumi. dalam al-Quran ada menjelaskan fungsi gunung sebagai pasak. Berdasarkan kajian geologi moden, gunung-ganang terhasil daripada kesan perlanggaran lapisan-lapisan kerak bumi.


Penghasilan gunung-ganang ini seolah-olah menjadi paksi atau paku yang menghubungkan semua lapisan di dalam bumi. Ada gunung yang memiliki garis-garis putih dan ada pula yang bergaris merah. Selain itu ada yang bergaris hitam pekat. kepelbagaian warna batu-batan disebabkan oleh warna-warni bahan mineral yang membentuknya, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: 

"... dan di antara gunung-ganang itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. " (Surah Faatir, 27)

INILAH GUA - SEORG ROCKSTAR


Realiti seorg rocker
Gua bukan asal agamawan
Gua x bertalaqi sampai berlekuk tulang pinggul
Gua x bawak kitab berbakul2
Gua tau gua jahil
Bila gua tau gua jahil
Gua belajar supaya gua tidak lagi jahil




Realiti seorg rocker
Selalu gua dipandang lekeh
Bila gua bukak cerita agama
Org akan cakap "mamat ni poyo lebih"
Org akan bilang "ko ni belajar x habis"
Org akan kondem "ko cakap benda x betul"
Walhal sebab gua jahil
Gua cerita sebijik apa yang ulama cerita
Dan sebab gua jahil
Gua tak taksub satu pandangan
Cuma banyak je yang mengaku lebih ulama dari ulama
Terus kondem tak hengat dunia

Realiti seorg rocker
Gua nampak je beramai-ramai dalam perjuangan
Tapi hakikatnya gua sorang-sorang
Tapi gua x kisah
Sebab dalam kubur nanti gua sorang-sorang
Masa kat padang mahsyar nanti gua sorang-sorang
Masa hari penghisaban nanti gua sorang-sorang
Jadi gua buat kerja sorang-sorang
Lillahi ta'ala
Supaya gua x kena balun sorang-sorang





Realiti seorg rocker
Org x hormat gua sebab gua bukan agamawan
Org x respek gua sebab gua bukan hafiz 30 juzuk
Org x umpama gua sebab gua x hafal kitab hadis
Tapi jangan ingat bila kita pandai
Orang lain hapah pun x guna
Khalifah harun pun ditegur oleh budak kecik
Dalam dunia ni
Akan ada benda yang gua tak tahu, lu tahu
Tapi pasti akan ada benda yang lu tak tahu, gua tahu










Realiti seorg rocker
Org x percaya gua utk buat tarbiyyah islami
Org anggap gua jahil tukil
Tapi jahil-jahil gua
Gua hadap masyarakat yang mungkar
Gua tak duduk sedap-sedap dalam masjid
Bagi ceramah dibawah kipas dan aircond
Gua terjah masyarakat
Gua hadap pahit maung depa
Gua sentuh isu sensitif yang ustaz lain dok hanya pungpang tanpa bertindak
Gua berani hadap realiti kehidupan yang serba teruk
Sebab gua berasal dari situ
Macam biasa, gua sorang-sorang

Realiti sorg rocker
Gua mmg kasar dalam bicara
Gua pun cap ayam je
Facebook gua tak disuscribe sampai 6,000 org
Gua x kepoh kitab apa gua tengah belajar sekarang
Tapi gua tak hentam benda khilaf
Gua x tembak benda ijtihadi
Banyak agamawan celup dalam fesbuk
Yang dok bina nama dengan hentam benda khilaf
Jadi jaguh kampung
Buat apa jadi jaguh kampung?
Gua x hentam ulama muktabar
Sebab gua tau gua jahil
Mungkin ada je yg perasan pandai sampai ulama muktabar pun dikatakannya sesat

Gua x peduli gua banyak pengikut atau x
Gua x peduli dapat banyak like atau x
Gua x heran nama gua glemer atau x
Gua cuma harap Allah pandang usaha gua walaupun gua jahil

Sebab gua mmg rocker
Tapi gua ada iman
Dan gua percaya setiap amal baik akan dibalas baik
Tak kira la org itu ustaz tahap phd
Atau rocker jahil mcm gua.



Nukilan bro Fais (www.facebook.com/fais.alhajari)

Thursday, December 27, 2012

Man Sabbara Zafira

Man Sabara Zafira
Sesiapa yang bersabar akan beruntung.

Pahala bagi orang-orang yang bersabar menurut Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

"Sabar itu ada tiga:
1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi."

sumber iluvislam

 

Bersabar dan ikhlaslah dalam setiap perbuatan,
terus meneruslah berbuat baik, ketika di kampung dan di perantauan,
jauhilah perbuatan buruk dan ketahuilah pelakunya pasti dibalas, di perut bumi da di atas bumi,
bersabarlah menyongsong musibah yang terjadi dalam waktu yang mengalir
sungguh dalam sabar ada pintu kejayaan dan impian akan tercapai
jangan cari kemuliaan di kampung kelahiranmu
sungguh kemuliaan itu ada dalam perantauan pada usia muda
singsingkan lengan baju dan bersungguh-sungguhlah menggapai impian
sebab kemulaan tidak akan dapat diraih dengan kemalasan
jangan bersilat kata dengan orang yang tidak mengerti apa yang kau katakan
sebab debar kusir adalah pangkal keburukan

terjemahan daripada syair Sayyid Ahmad Hasyimi

Belajar Ilmu

Belajar adalah segala-galanya bagi manusia. Ianya perintah Allah, Rasul dan perintah kemanusiaan. Perkataan pertama yang diterima oleh Rasulullah ialah Iqra'. Bacalah. Yang memberi erti belajar.


Kita perlu mempraktikkan ajaran Rasul itu, iaitu kita perlu belajar dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Kita tidak perlu berhenti belajar walaupun telah dapat gelaran dan lulus belajar samada sijil, diploma, ijazah, sarjana mahupun Phd.

Sebagai contoh seorang pendekar. Sebelum menjadi pendekar yang hebat, para pendekar tersebut pada awalnya naik gunung, meredah belantara, melintas sungai dan lautan demi mendapatkan seorang guru. Apabila telah dapat jurus baru daripada seorang guru, dia akan berangkat mencari guru lain yang mengajarkan jurus lain. Begitulah seterusnya, sehingga betul-betul lengkap jurus pendekar itu



Oleh itu, kita perlu belajar dan terus belajar. Mungkin ilmu yang kita ada ini sudah lengkap bagi kita tetapi apabila berjumpa dengan orang yang tinggi ilmu. Kita merasa bahawa ilmu yang ada ini tidak cukup lagi dan perlu belajar dari orang tersebut.