Monday, November 26, 2012

Nasihat Kubur

Gambar Hiasan

Nasihat Kubur
    1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

    2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

    3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

    4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

    5). Aku yg menyepitmu hingga hancur, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

    6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

    7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

      Demam

      Gambar Hiasan

      Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

      Sejukkannya dengan Air

      Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:

      “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”

      Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

      Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)

      Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)
       
       Begitulah Islam mengajar umatnya, apa yang perlu dilakukan jika demam. Islam mengajar supaya mandi apabila demam dan bukannya sekadar lap pada tubuh badan. Setiap yang Nabi s.a.w ajar pada kita adalah cara sebenar sesuatu masalah dapat diatasi kerana segala percakapan, perbuatan dan amalan Nabi s.a.w adalah dibawah aturan dan wahyu dari Allah.

      Wednesday, November 21, 2012

      Berbuat baik dan Jahat


      Firman Allah

      Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

      Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya, aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling ( bergembira ) di dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang menganggu manusia.” ( Riwayat Muslim )

      Gambar hiasan


      kita selalu menganggap sesuatu yang ‘kecil’ sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mendatangkan apa-apa kesan jika melakukannya, baik ia berupa kebaikan atau keburukan. Mungkin ramai yang lupa bahawa tidak ada satu pun yang besar, kecuali dimulakan dengan sesuatu yang kecil.

      Titik ialah tanda yang paling kecil dapat dilihat oleh manusia. Walaupun ianya kecil tetapi ianya mempengaruhi kehidupan manusia. Sebagai contoh, dalam bahasa Arab, titik boleh mempengaruhi makna dan kata. Huruf ha, yang tiada sebarang titik diletakkan titik ditengah-tengah akan menjadi jim. Jika diletakkan di atas maka akan berubah menjadi huruf kho. Huruf nun jika ditambah satu titik akan menjadi huruf ta dan jika ditambah lagi satu titik akan menjadi huruf tsa. Begitu juga dengan kira-kira, jika tiada titik perpuluhan kita tidak dapat mengira sesuatu yang kecil dari nombor kosong. Bayangkan jika harga minuman tidak diletakkan titik perpuluhan maka harga semua minuman akan jadi sama sahaja dan tiada bezanya dibandingkan dengan minuman lain.

      Teringat pada cerita P Ramlee yang berjudul Pendekar Bujang Lapok. Masa itu mereka belajar di sekolah buta huruf, beginilah dialognya.

      ROS: huruf apakah ini? baiklah cikgu nak tanya En. Ramlee. En. Ramlee ni huruf dia atas tanah, ada ekor, mata (titik) dia di tengah
      RAMLEE: ada ekor atas tanah, huh huruf mambang tanah.
      ROS: En. Ramlee, ini bukan mambang tanah, ini huruf ‘jim’. baiklah En. Ajis pula. ini huruf dia sama dengan huruf Jim, tapi dia tak ada mata (titik) saja.
      AZIZ: sama dengan huruf jim tapi dia tak da mata, oh jim mata buta la cikgu…
      ROS: En. Ajis ni bukan jim mata buta, yg ni huruf ‘ha’. baiklah sekarang En. Sudin pula. dia sama dengan ‘jim’, jim mata dia di tengah-tengah tapi yg ni mata dia di atas.
      SUDIN: oh! jim mata dia di tengah2 yg ni mata dia di atas. ’jim’ pakai toncet…

      Begitulah besarnya peranan titik dalam kehidupan manusia. Oleh itu, ada ketikanya amal kebaikan yang kecil dan dipandang remeh tetapi memberi kehormatan dan keselamatan yang besar bagi kebaikan manusia. Ada ketikanya amal yang besar yang dibangga-bangga dan menjadi sebutan tidak memberi manfaat tetapi mengundang fitnah. oleh itu, jangan sesekali mengabaikan kebaikan yang kecil, dan jangan pula memandang kecil keburukan yang remeh.

      Suatu hari Nabi s.a.w dikelilingi oleh para sahabatnya. Nabi menceritakan satu kisah yang menarik kepada mereka tentang amalan baik. Kisahnya, ada seorang pemuda melalui gurun yang sangat panas dalam keadaan dahaga yang teramat sangat. Di tengah perjalanan dia menemui sebuah telaga. Lantas dia turun masuk ke dalam dan minum sepuas-puasnya untuk menghilangkan dahaganya. Ketika dia keluar dari telaga itu, dia melihat seekor anjing yang telah kehausan dan dari riaknya memohon belas. Anjing itu menggesel-geselkan hidungnya ke tanah.


      Gambar hiasan

      Lelaki itu melihat anjing malang tersebut yang menderita kehausan. Dia pun merasa kasihan dan terharu melihat anjing itu. Dia merasakan pasti anjing itu dicengkam kehausan seperti yang dia rasakan sebelum ini. Kemudian dia memutuskan untuk memberi anjing air dan terus dia turun semula ke dalam telaga dan memenuhi sepatunya dengan air. Dia naik semula ke atas dengan membawa air yang ada dalam sepatunya dengan menggigit sepatunya kerana kedua-dua tangan dan kakinya digunakan untuk memanjat dinding telaga itu. Dia meletakkan sepatunya yang berisi air di depan anjing yang hampir mati kerana kehausan. Anjing itu minum hingga puas. Ganjarannya, Allah mengampun semua dosanya sebagai balasan kebaikan yang dilakukan.

      Para sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w, " Apakah kita boleh memperolehi pahala dengan berbuat baik kepada binatang?" Nabi s.a.w menjawab, " Ya, kamu semua akan diberi pahala kerana berbuat baik terhadap semua makhluk yang hidup".

      Kesimpulannya, Allah akan membalas semua kebaikan walau sekecil mana pun kebaikan yang dilakukan dengan memberikan ganjaran pahala / rezeki. Allah juga akan membalas semua kejahatan walau sekecil mana pun kejahatan yang dilakukan dengan memberikan dosa / bala selagi mana hambanya tidak bertaubat.

      Tuesday, November 20, 2012

      Meng Zi / Mencius

      Hari ni saya nak kongsi sikit kisah menarik tentang ilmuwan China. Bagi saya kisah ini boleh dijadikan sebagai motivasi untuk pelajar-pelajar dan anak-anak tentang betapa pentingnya ilmu pengetahuan.



      Meng Zi/Mencius

      Meng Zi atau Mencius ialah salah seorang lagenda falsafah di China. Dia dianggap sebagai orang paling pintar dan cerdik dari negeri China. Bahkan ada yang mengenalinya dengan nama Kong Zhi atau Kong Hu Cu. Sebahagian orang China memanggil secara bersama dengan sebutan Kong-Meng.
       

      Yang menariknya setiap kali Meng Zi ditanya. " Siapakah orang yang berpengaruh yang membuat kamu pintar dan sebijak ini?" Maka dengan tegas dan tanpa keraguan sedikit pun Meng Zi akan menjawab, "

      Ibuku, Ibuku, Ibukulah yang membuat aku pintar".

      Ketika Meng Zi masih kanak-kanak, dia termasuk jenis budak yang sering kebosanan apabila berada di kelas, sering ponteng dan melarikan diri dari sekolah. Suatu hari dia merasa tidak suka mengikuti pelajaran di kelasnya. Ditambah lagi dia merasa lapar. Dia kemudiannya mencari jalan bagaimana cara untuk meninggalkan kelasnya.

      Dia menemui kesempatan yang tepat, dia pun lari dari sekolah dan pulang ke rumahnya. Dia gembira kerana berjaya ponteng dan tidak mengikuti pelajaran di kelasnya. Sampai sahaja di rumah dia terus mencari makanan dan duduk di atas longgokan kain sutera.

      Meng Zi mempunyai seorang ibu yang pekerjaannya menenun dan menjahit kain sutera. Dari kain sutera itulah ibunya yang sudah kematian suami menanggung keluarga. Si ibu terkejut mendapati Meng Zi telah pulang lebih awal dari waktu sebenar. Dia tahu yang Meng Zi ponteng dari sekolah.

      Ibunya sangat marah, " Ini belum waktu balik sekolah, kenapa kamu balik? Ibu tidak suka kamu ponteng sekolah Meng Zi".

      Meng Zi menjawab, "Sekolah itu membosankan dan susahlah ibu. Saya tidak boleh mengikuti pelajaran dan saya bukanlah budak pandai yang boleh mengikuti pelajaran dengan cepat".

      Ibunya mendengar alasan Meng Zi perkataan demi perkataan dengan teliti. Namun dia tetap menunjukkan raut muka marah dan tidak setuju dengan olah Meng Zi yang ponteng sekolah. Melihat ibunya yang masih marah, Meng Zi tidak berani membuka mulut lagi. Dia diam, menundukkan kepala dan merasa bersalah.
      Ibunya pun diam dan tidak membalas jawapan anaknya. Dia lalu beranjak mengambil kain sutera yang Meng Zi duduk. Lalu ibunya memotong kain sutera itu menjadi dua bahagian dengan muka yang masih marah. Selepas itu memotong menjadi empat bahagian. Seterusnya lapan bahagian, enam belas dan terus memotong sehingga kain itu tidak boleh dipotong lagi.

      Ibunya kemudian mengambil kain yang lain dan memotong-motongnya sama seperti sebelumnya, tetap dengan diam dan muka yang marah. Setiap kali menyaksikan ibunya memotong-motong kain sutera itu hati Meng Zi bagai terhiris.

      Meng Zi tahu ibunya telah kematian suami. Dengan menenun dan menjahit kain sutera itulah ibunya mampu menanggung keluaganya. Meng Zi tiba-tiba diselubungi rasa takut luar biasa, dia takut melihat ibunya yang sangat marah sehingga kain yang menjadi sumber kehidupan keluarganya dirosakkan.

      Dengan menangis, Meng Zi memeluk kaki ibunya dan berkata, "Ibu, jangan marah lagi. Saya sedar, saya telah melakukan satu kesalahan dan sangat mengecewakan ibu. Mohon ibu tidak merosakkan kain yang sangat berguna bagi keluarga kita. Saya janji tidak akan ponteng lagi walaupun sekolah itu membosankan".

      Ibunya yang mendengar kata-kata anaknya itu kalimah demi kalimah sambil merenung wajah anaknya dengan wajah yang serius. Ibunya kemudian berkata kepada Meng Zi sambil menatap mata anaknya dalam-dalam.

      "Meng Zi, kamu lihat potongan-potongan kain sutera ini. Benang sutera itu ditenun sedikit demi sedikit barulah menjadi sepotong kain sutera. Sudah dapat sepotong terus ditenun sedikit demi sedikit sampai boleh menjadi kain sutera yang elok dan lebat. Setelah itu kain sutera dipotong lagi sesuai dengan ukuran dan dijahit maka jadilah pakaian yang cantik. Belajar pun seperti itu Meng Zi, hasilnya tidak boleh segera dilihat sekelip mata. Belajar itu sedikit demi sedikit dan berterusan. Walaupun susah, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak belajar. Setelah faham sedikit, belajar lagi supaya faham lebih banyak lagi. Kemudian belajar lagi. Setelah bertambah kefahaman, belajar lagi dan seterusnya. Apabila sampai waktunya nanti kamu akan merasakan bahawa belajar ini menarik, menyenangkan, mengasyikkan dan indah serta sangat berguna. 
      Kalau sekarang kamu ponteng, kamu tidak akan faham apa yang diajarkan kepadamu. Kalau sedikit pun kamu tidak faham, lalu dari mana kamu akan tahu bahawa belajar itu menyenangkan dan berguna?"

      Kata-kata ibunya menerjah dalam sanubari Meng Zi. Setelah ibunya selesai berbicara dengan berlinang air mata Meng Zi berjanji, " Ibu, sungguh saya memang teramat salah dan sekarang saya amat menyesal. Mulai dari sekarang saya berjanji saya tidak akan ponteng sekolah lagi. Mulai sekarang saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan melawan rasa bosan. Saya percaya pada ibu bahawa belajar bersungguh-sungguh suatu hari nanti saya akan menjadi pandai dan berguna kepada bangsa dan negara."

      Sejak itu Meng Zi berubah. Meng Zi menjadi anak yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Dia membesar menjadi manusia yang luar biasa mencintai ilmu pengetahuan. Meng Zi menjadi orang berguna kepada masyarakat dan bangsanya. Namanya masyhur di seluruh pelusuk China. Karyanya yang telah berusia lebih dari dua ribu tahun masih dipelajari sehingga hari ini.

      Meng Zi menguatkan catatan sejarah, bahawa di belakang orang yang terkenal dan berjaya kebiasaannya ada seorang ibu yang luar biasa mendidik dengan penuh kecintaan dan sepenuh jiwa. Setiap kali Meng Zi ditanya, "Siapakah yang mendorong anda sehingga menjadi sepintar dan sebijak ini?" Maka dengan tegas dan tanpa keraguan Meng Zi akan menjawab, "Ibuku, Ibuku, Ibukulah yang membuat aku pintar."

      Monday, November 19, 2012

      Salam Maal Hijrah

      Salam Maal Hijrah Kawan-kawan.. mungkin agak terlambat untuk menyatakannya.. tapi lebih baik ada dari tiada apa-apa, ye tak??
      Di sini kita mula bertemu, mencari warna seindah pelangi..

      Macam mana pun di tahun baru hijrah ini, aku ingin kongsikan pasal hijrah.. izinkan ye kawan-kawan.. kalau ada salah harap perbetulkan.. kita sama-sama muhasabah diri ok



      Hijrah

      hijrah - perpindahan nabi dr mekah ke madinah atas perintah Allah. ini disebabkan penentangan dari kaum nabi sendiri (Quraisy) seperti penentangan terhadap nabi-nabi terdahulu. sebagai contoh, Nabi Isa ditentang oleh kaumnya sendiri dan dihukum bunuh tetapi Allah menyelamatkannya dari dibunuh dengan mengangkat Nabi Isa ke langit, akan turun semula ketika hampir kiamat.

      Nabi berhijrah bukan kerana takut tetapi Nabi tidak dapat melengkapkan syariat dan ajaran islam. Maka turunlah wahyu yang menyuruh nabi berhijrah ke madinah. 
       Wahyu tersebut ialah ayat 30, Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.

      Di Mekah nabi  ajar semua rukun islam dan umat islam dapat menerimanya tetapi di sebabkan penentangan dari kaumnya sendiri nabi tidak dapat melengkapkan keseluruhan ajaran islam. Ini dibuktikan ketika di Madinah Nabi dapat menjalankan keseluruhan ajaran islam dan dapat perkenalkan modul kerajaan Islam dari segi pemerintahan, ekonomi (muamalat), undang-undang (hudud) dan lain-lain. 

      Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda:
      Tiada lagi hijrah selepas pembukaan (kota Mekah), tetapi yang ada ialah jihad dan niat. (Riwayat al-Bukhari).
      Ini dibuktikan selepas pembukaan mekah. Ramai orang yang masuk islam. 
      hijrah kita - Pindah dari tidak baik kepada baik. dari baik kepada yang lebih baik. untuk berhijrah kita memerlukan jihad (perjuangan) dan jihad kita tidak akan abis (Jihad melawan hawa nafsu)

      untuk lebih memahami tentang konsep hijrah. kita ambil semula perkataan hijrah itu sendiri.

      H - hati
      1. Hati org kafir. Lawan cara lembut (berhemah dan jangan mengikut nafsu)
      2. Hati org munafik. Ibarat Kawah terbalik. ilmu/nasihat yang diberikan tidak memberikan kesan/perubahan pada diri. ibarat kita mencurah air di kawah yang terbalik tidak dapat menakungkan air
      3. Hati org islam. ibarat tanah subur. Amalkan ajaran islam secara istikamah dan hati sentiasa subur.

      Ubat hati 
      1. tilawah quran, 
      2. puasa, 
      3. qiamullail, 
      4. zikirullah
      5. berkwn dgn org saleh

      I - ilmu. 
      Yang mudah gi msjd. Cari ilmu dan ilmu tidak akan datang jika tidak dicari

      J - jihad. 
      Sungguh-sungguh dlm berjuang

      R - rajin. 
      Buat benda di luar tanggung jawab. contoh, solat sunat, puasa sunat dan lain-lain

      A - amal.
      Kuat amal bersandarkan ilmu dan sunnah. jangan rajin cari ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu tersebut. ibarat pohon yang tiada buah. 

      H - hindar maksiat.
      jika buat maksiat cepat-cepat istighfar dan bertaubat tidak mengulanginya