Thursday, January 31, 2013

Alkisah seorang kurang bermotivasi

Alkisah seorang kurang bermotivasi….

Mohd Ahsan seorang yang kurang bermotivasi dalam melaksanakan kerja-kerjanya baik di mana-mana sahaja.

Ahsan ingin menyelesaikan masalah ini lalu berjumpa dengan Tok Guru Mat Ubas.

“Ustaz, ada banyak perkara yang saya ingin buat, tapi tak da motivasi untuk gerak,” adu Ahsan.

“Nak buat, buat terus,” jawab Mat Ubas.

“Tak faham. Saya tak ada motivasi nak buat, itulah masalahnya ustaz,” jawab Ahsan.

“Ok. Ahsan jawab ini. Antara ayam dengan telur, siapa datang ke dunia ini dulu?” tanya Mat Ubas.

“Telur,” jawab Ahsan.

“Dari mana telur datang?” jawab Mat Ubas. Melihat Ahsan tidak dapat bercakap apa-apa… Mat Ubas mula berceramah…

“Sebenarnya kita tidak tahu mana datangnya ayam yang melahirkan telur yang pertama? Dan kita mungkin tak akan tahu.

Tapi soalan seterusnya ialah motivasi. Apa datang dulu, motivasi atau tindakan?” tanya Mat Ubas.

“Motivasi dulu,” jawab Ahsan.

“Tak boleh ke kita buat dulu, baru timbul momentum dan motivasi untuk buat lagi,” Mat Ubas tanya kembali.

“Dan orang yang tunggu motivasi datang dulu, selalunya akan gagal untuk menyelesaikan apa-apa. Sementara orang yang mengambil tindakan dulu sebelum menjana motivasi boleh melakukan lebih banyak perkara,” terang Mat Ubas.

Ahsan semakin terpegun dengan kata-lata Mat Ubas dan tidak berkata apa-apa.

“Kita tak nyanyi sebab kita gembira, tapi kita gembira kerana kita bernyanyi,” tambah Mat Abus.

Selepas mendengar penjelasan daripada Mat Abus, perangai Ahsan berubah dengan mengambil tindakan dulu terhadap semua perkara walaupun tiada motivasi

Pengajaran cerita ini ialah:

Kita harus bertindak sekarang apabila terasa itu betul dan bahawa ia adalah benar, dan percayalah motivasi akan datang selepas tindakan diambil.

- Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) -

Tuesday, January 22, 2013

Kerajinan vs Kewajiban


Definisi Kerajinan
Menurut kamus dewan, kerajinan ialah 
  1. suka bekerja (belajar dll), giat, bersungguh-sungguh, tekun: dia ~ belajar; dia ~ bekerja utk menambah pendapatan keluarga; 
  2. kerap kali, selalu (berbuat se­suatu, melakukan sesuatu)
Definisi Kewajiban
Menurut kamus dewan, kewajiban ialah 
  1. sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya;  
  2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut; 
  3. tugas (perintah dll) yg mesti dilakukan: Mereka berjanji akan menjalankan ~ mereka dgn sebaik-baiknya.



Kaitan kerajinan dan kewajiban
Kita ambil contoh: “Rajin budak tu solat”. Sebenarnya dalam melakukan ibadah solat tidak dikira kerajinan tetapi dikira kewajiban. Lainlah jika “Rajin budak tu solat sunat”. Perkara yang melibatkan sunat inilah yang dikira rajin kerana melakukan lebih dari apa yang diwajibkan. 
Manusia seringkali menganggap perlu ada kerajinan dalam berbuat amal terutama sekali melibatkan ibadah wajib. Sebenarnya ibadah wajib seperti solat dan puasa tidak perlukan kerajinan tetapi perlu dilaksanakan samada kita rajin atau tidak. Sebagai bonus tambahan kepada ibadah wajib, Allah memerintahkan supaya melakukan ibadah sunat dan melakukan ibadah sunat inilah dikira rajin dalam amal ibadah. WAllahu a’lam.

Friday, January 11, 2013

Cara Tidur Nabi

Mengamalkan Cara Tidur Nabi :


Gambar Hiasan



-Nabi tidak tidur dalam kekenyangan.
-Baginda berbaring berlapikkan bantal,mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.
-Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang.
-Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap.

Jangan Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Jangan Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara…
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Jangan Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Friday, January 4, 2013

Khutbah dan tongkat


Kita sering lihat seorang khatib jika hendak baca khutbah mesti pegang tongkat. Ini dilakukan supaya khatib lebih bersopan dalam berkhutbah dan bagi menghalang khatib menggerakkan tangan seperti orang berpidato. Selain ia menjadi sunnah nabi dimana nabi sendiri memegang tongkat ketika berkhutbah bagi membezakan antara khutbah, ceramah dan pidato.


Imam Syafi'i RA: Telah sampai kepada kami (berita) bahawa ketika Rasulullah saw berkhuthbah, beliau berpegang pada tongkat. Ada yang mengatakan, beliau berkhutbah dengan memegang tongkat pendek dan anak panah. Semua benda-benda itu dijadikan tempat bertumpu (pegangan). 

Ar-Rabi' mengabarkan dari Imam Syafi'i dari Ibrahim, dari Laits dari 'Atha', bahwa Rasulullah SAW jika berkhutbah memegang tongkat pendeknya untuk dijadikan pegangan". (al-Umm, juz I, hal 272)

Dari Syu'aib bin Zuraidj at-Tha'ifi ia berkata ''Kami menghadiri solat jumaat pada suatu tempat bersama Rasulullah SAW. Maka Beliau berdiri berpegangan pada sebuah tongkat atau busur". (Sunan Abi Dawud hal. 824).

Jika sebelah tangan pegang tongkat, maka khatib akan lebih tertib dan perasaan semangat yang membuak-buak itu akan turut lenyap kerana ada perbezaan jika bercakap sambil menggayakan tangan dengan cakap tanpa menggerakkan tangan. Cuba kita lihat orang yang berpidato beremosi ketika bercakap pasti tangan mereka bergerak-gerak bermacam-macam gaya. Manakala ketika khutbah pergerakan tangan dapat dibataskan dengan sebelah tangan pegang tongkat.

Tuesday, January 1, 2013

Man Jadda Wajada vs Man Sabara Zafira

Man jadda wajada, sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil. Ianya sebuah kalimah bahasa arab sebagai motivasi kepada sesiapa sahaja. Kata-kata tersebut memberikan gambaran supaya kita kena selalu berusaha lebih jika kita ingin merasa kesenangan di kemudian hari. 



Going for extra kilometer seperti kata-kata iklan sebuah syarikat minyak. Bagaimana para penyelidik syarikat minyak itu berusaha menyelidik untuk mendapat kualiti minyak terbaik yang boleh kita pergi lebih dengan kuantiti minyak yang sama dengan syarikat yg lain. Begitu jugalah kita, jika kita hendak sesuatu kita kena bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya, yang jatuh tidak akan bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.

Kalimah man jadda wajada sahaja tidak cukup hebat. Antara kesungguhan dan kejayaan itu tidak bersebelahan tetapi ada jaraknya. Jarak ini boleh jadi hanya satu inci tetapi boleh jadi juga ribuan kilometer. Jarak ini boleh ditempuhi dalam hitungan satu saat tetapi juga boleh jadi puluhan tahun.

Jarak antara kesungguhan dan kejayaan hanya dapat diisi dengan sabar. Sabar yang aktif, sabar yang gigih, sabar yang tidak menyerah, sabar yang penuh dari pangkal sampai ke hujung yang paling hujung. Sabar yang membuatkan sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin, bahkan seakan-akan itu sebuah keajaiban dan keuntungan. Padahal keuntungan adalah hasil kerja keras, doa dan sabar yang berlebih-lebih



Bagaimana tinggi pun impian, ia tetap wajib dibela habis-habisan walaupun hidup sudah digelung duka nestapa. Hanya dengan kesungguhanlah jalan kejayaan baru terbuka. Tetapi hanya dengan sabarlah takdir itu terkuak menjadi nyata. Dan Tuhan selalu memilih yang terbaik dan paling kita perlukan. Itulah hadiah Tuhan buat hati yang kukuh dan sabar.

Sabar itu mulanya pahit, tetapi akhirnya lebih manis daripada madu. Man sabara zafira. Sesiapa yang bersabar akan beruntung.

Badai

Badai/Taufan Sandy

Badai
Akan tiba masanya ketika kamu dihadang badai dalam hidup. 
Badai itu boleh jadi di luar diri kamu, boleh jadi di dalam diri kamu. 
Hadapilah dengan tabah dan sabar, jangan lari, badai pasti berlalu

Badai paling dahsyat dalam sejarah manusia adalah badai jiwa, badai rohani, badai hati. 
Inilah dalam perjalanan menemui diri yang sejati. 
Inilah badai yang mampu membongkar dan menghempaskan iman, logik, kepercayaan diri dan tujuan hidup. Akibat badai ini boleh jadi lebih hebat daripada badai fizikal. 
Menangilah badai rohani dengan iman dan sabar, kamu akan menjinakkan dunia akhirat.

Apabila badai datang. Hadapi dengan iman dan sabar. 
Laut yang tenang adalah untuk dinikmati dan disyukuri. 
Sebaliknya laut yang ribut adalah untuk ditakluki, bukan ditangisi. 
Bukankah sifat pelaut yang hebat disemat oleh badai yang silih berganti ketika melintas lautan tidak bertepi.

A. Fuadi