Wednesday, March 26, 2014

Tabahlah Andai ini TakdirNya

Tabahlah
Begitu senang berkata-kata
Cuba kita berada di tempat mereka
Apakah kita juga akan kuat?
Apakah kita juga akan sabar?
Apakah kita juga akan redha?
Hanya mereka yang kuat dapat lalui
Sedarkah mereka perlukan sokongan
Apa yang mampu hanya doa dan harapan
Jika ada di langit turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah
Jika di lautan timbulkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Sesungguhnya amat berat bahu memikul
Berat pula tangan menjinjing
Berat sungguh ujian yang dihadapi
Andai kematian juga yang menjemput pasrahlah
Andai ini takdir Nya

Tuesday, March 25, 2014

Andai Itu Takdirnya

Andai itu takdirnya
hilang sudah garuda dan isinya
kita mampu kerahkan usaha
doa dan tawakal semampunya
Andai itu takdirnya
khabar diterima khabar duka
garuda hilang entah ke mana
sudah dicari segenap buana
Andai itu takdirnya
kita berserah pada yang esa
buat kita mengkaji segala
masihkah kita lalai dan alpa
::MFAR::
::Pray for MH370::

Wednesday, March 12, 2014

Yang Baik-baik sahaja

Fikir yang baik-baik,
Cakap yang baik-baik,
Buat yang baik-baik,
Doa yang baik-baik,
Insya Allah akan dapat yang baik-baik