Wednesday, March 26, 2014

Tabahlah Andai ini TakdirNya

Tabahlah
Begitu senang berkata-kata
Cuba kita berada di tempat mereka
Apakah kita juga akan kuat?
Apakah kita juga akan sabar?
Apakah kita juga akan redha?
Hanya mereka yang kuat dapat lalui
Sedarkah mereka perlukan sokongan
Apa yang mampu hanya doa dan harapan
Jika ada di langit turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah
Jika di lautan timbulkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Sesungguhnya amat berat bahu memikul
Berat pula tangan menjinjing
Berat sungguh ujian yang dihadapi
Andai kematian juga yang menjemput pasrahlah
Andai ini takdir Nya

Tuesday, March 25, 2014

Andai Itu Takdirnya

Andai itu takdirnya
hilang sudah garuda dan isinya
kita mampu kerahkan usaha
doa dan tawakal semampunya
Andai itu takdirnya
khabar diterima khabar duka
garuda hilang entah ke mana
sudah dicari segenap buana
Andai itu takdirnya
kita berserah pada yang esa
buat kita mengkaji segala
masihkah kita lalai dan alpa
::MFAR::
::Pray for MH370::

Wednesday, March 12, 2014

Yang Baik-baik sahaja

Fikir yang baik-baik,
Cakap yang baik-baik,
Buat yang baik-baik,
Doa yang baik-baik,
Insya Allah akan dapat yang baik-baik


Friday, February 7, 2014

Pemilik Cinta


Oh Pemilik cinta betapa dapat ku rasa Indahnya bahagia yang mendakap jiwa Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya Peneman menuju syurga Oh Pemilik hati sungguh Kau Maha Mengerti Lemah diri ini hidup bersendiri Dirinya seperti cahaya yang menyinari Indahnya bak bidadari Semua persoalan bertemu jawapan Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran Kesyukuran ini melimpah di hati Betapa agungnya kasihMu Ilahi Oh Pemilik cinta betapa dapat ku rasa Indahnya bahagia yang mendakap jiwa Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya Peneman menuju syurga Benarku akui jarang ku lafazkan Kata-kata penghargaan atas pengorbanan Namun hanya Engkau Maha Mengetahui Betapa dirinya amat ku hargai Kekasih kau penawar duka Menjadi penguat di jiwa Walau ku bertalu diuji Dirimu tetap setia di sisi Oh Tuhan Kau yang Maha Tahu Cintaku padanya tak pernah ku ragu Ku pinta kekalkan cintaku Hanya bersamanya di syurgaMu

Sunday, January 26, 2014

Ahad

ahad
masih ingatkah kisah bilal
kerana iman beliau menyebut ahad
tanda keesaan tuhan
tanda keimanan ajaran tauhid

ahad
hari ini kita menyebut ahad
ah! biarlah bangun lambat
kerana ingin bermalas-malasan
syaitan ketawa keriangan

Thursday, January 2, 2014

Sahabat

indahnya hidup jika bersahabat
susah senang bersama berbuat
hati kita bakal terubat
hidup kita bertambah berkat

hati sahabat hendaklah dijaga
sama-sama membuat jasa
hidup kita menunggu masa
ajal menjemput tak kira masa

Thursday, December 19, 2013

Sajak Daripada Rakyat Marhein



Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari

Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia

Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan

Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan

Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana

Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..
 
::https://www.facebook.com/wan.azreen.1981::