Kita sering lihat seorang khatib jika hendak baca khutbah
mesti pegang tongkat. Ini dilakukan supaya khatib lebih bersopan dalam
berkhutbah dan bagi menghalang khatib menggerakkan tangan seperti orang
berpidato. Selain ia menjadi sunnah nabi dimana nabi sendiri memegang tongkat
ketika berkhutbah bagi membezakan antara khutbah, ceramah dan pidato.
Imam Syafi'i RA: Telah sampai kepada kami (berita) bahawa ketika
Rasulullah saw berkhuthbah, beliau berpegang pada tongkat. Ada yang mengatakan,
beliau berkhutbah dengan memegang tongkat pendek dan anak panah. Semua
benda-benda itu dijadikan tempat bertumpu (pegangan).
Ar-Rabi' mengabarkan dari Imam Syafi'i dari Ibrahim, dari Laits dari 'Atha', bahwa Rasulullah SAW jika
berkhutbah memegang tongkat pendeknya untuk dijadikan pegangan". (al-Umm,
juz I, hal 272)
Dari Syu'aib bin Zuraidj at-Tha'ifi ia berkata ''Kami
menghadiri solat jumaat pada suatu tempat bersama Rasulullah SAW. Maka Beliau
berdiri berpegangan pada sebuah tongkat atau busur". (Sunan Abi Dawud hal.
824).
Jika sebelah tangan pegang tongkat, maka khatib akan lebih tertib dan perasaan semangat yang membuak-buak itu akan turut lenyap kerana ada perbezaan jika bercakap sambil menggayakan tangan dengan cakap tanpa menggerakkan tangan. Cuba kita lihat orang yang berpidato beremosi ketika bercakap pasti tangan mereka bergerak-gerak bermacam-macam gaya. Manakala ketika khutbah pergerakan tangan dapat dibataskan dengan sebelah tangan pegang tongkat.

No comments:
Post a Comment