Man jadda wajada, sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti
membuahkan hasil. Ianya sebuah kalimah bahasa arab sebagai motivasi kepada
sesiapa sahaja. Kata-kata tersebut memberikan gambaran supaya kita kena selalu
berusaha lebih jika kita ingin merasa kesenangan di kemudian hari.
Going for
extra kilometer seperti kata-kata iklan sebuah syarikat minyak. Bagaimana para
penyelidik syarikat minyak itu berusaha menyelidik untuk mendapat kualiti minyak terbaik
yang boleh kita pergi lebih dengan kuantiti minyak yang sama dengan syarikat yg lain. Begitu jugalah
kita, jika kita hendak sesuatu kita kena bersungguh-sungguh untuk
mendapatkannya, yang jatuh tidak akan bergolek dan yang pipih tidak akan datang
melayang.
Kalimah man jadda wajada sahaja tidak cukup hebat. Antara
kesungguhan dan kejayaan itu tidak bersebelahan tetapi ada jaraknya. Jarak ini
boleh jadi hanya satu inci tetapi boleh jadi juga ribuan kilometer. Jarak ini
boleh ditempuhi dalam hitungan satu saat tetapi juga boleh jadi puluhan tahun.
Jarak antara kesungguhan dan kejayaan hanya dapat diisi
dengan sabar. Sabar yang aktif, sabar yang gigih, sabar yang tidak menyerah,
sabar yang penuh dari pangkal sampai ke hujung yang paling hujung. Sabar yang
membuatkan sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin, bahkan seakan-akan itu
sebuah keajaiban dan keuntungan. Padahal keuntungan adalah hasil kerja keras,
doa dan sabar yang berlebih-lebih
Bagaimana tinggi pun impian, ia tetap wajib dibela
habis-habisan walaupun hidup sudah digelung duka nestapa. Hanya dengan
kesungguhanlah jalan kejayaan baru terbuka. Tetapi hanya dengan sabarlah takdir
itu terkuak menjadi nyata. Dan Tuhan selalu memilih yang terbaik dan paling
kita perlukan. Itulah hadiah Tuhan buat hati yang kukuh dan sabar.
Sabar itu mulanya pahit, tetapi akhirnya lebih
manis daripada madu. Man sabara zafira. Sesiapa yang bersabar akan beruntung.
No comments:
Post a Comment