Monday, November 26, 2012

Demam

Gambar Hiasan

Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Sejukkannya dengan Air

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:

“Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”

Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)

Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)
 
 Begitulah Islam mengajar umatnya, apa yang perlu dilakukan jika demam. Islam mengajar supaya mandi apabila demam dan bukannya sekadar lap pada tubuh badan. Setiap yang Nabi s.a.w ajar pada kita adalah cara sebenar sesuatu masalah dapat diatasi kerana segala percakapan, perbuatan dan amalan Nabi s.a.w adalah dibawah aturan dan wahyu dari Allah.

No comments: